Ahad, 22 Januari 2017

Ahad, Januari 22, 2017
Polis Siasat Pelajar Rakam Bawah Kain Guru,ok!:  Tiga pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di bandar raya ini disiasat polis selepas dipercayai terbabit merakam bahagian dalam kain seorang guru wanita dan mengutip wang jika rakan mahu menonton rakaman itu.

Polis Siasat Pelajar Rakam Bawah Kain Guru

Perbuatan itu dikesan pada Rabu lalu, dua hari selepas rakaman itu dilakukan, apabila seorang guru disiplin sekolah terbabit memaklumkan kepada guru wanita berusia 36 tahun itu mengenai video berdurasi 10 saat itu yang viral dalam kalangan pelajar.

Sekitar jam 8.30 pagi Isnin, ketika guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris itu sedang membalut meja pelajar di kelasnya, pelajar terbabit dipercayai merakam video menggunakan telefon bimbit mereka.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sukri Kaman, berkata berikutan itu, pihak sekolah memanggil semua pelajar tingkatan tiga berkumpul di dewan sebelum mengenalpasti lima pelajar yang dipercayai terbabit dalam kes berkenaan.

"Setakat ini dua dari pelajar terbabit yang dirakam percakapan adalah saksi berhubung kejadian berkenaan manakala selebihnya disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan atas kesalahan berkelakuan biadap dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

"Bagaimanapun segala tindakan disiplin ke atas pelajar itu hanya akan diputuskan oleh pihak sekolah dan bukannya polis," katanya ketika dihubungi BH hari ini.

Sementara itu, sumber memberitahu, kumpulan pelajar yang terbabit merakam video itu mengenakan bayaran kepada pelajar yang ingin melihat video berkenaan sebelum tersebar ke telefon bimbit pelajar lain.

Guru wanita itu membuat laporan polis selepas merasa maruahnya tercabar selain tidak berpuas hati dengan sebahagian ibu bapa pelajar terbabit yang mempersoalkan cara dia berpakaian.

Ketika itu guru berkenaan berbaju kurung.

Sumber
Berita Harian


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.