Jumaat, 20 Januari 2017

Jumaat, Januari 20, 2017
Polis Tunggu Masa Cekup 5 Lelaki Belasah Pemandu Lori,ok!: Polis sedang mengenal pasti lima lelaki dipercayai pengawal peribadi kepada individu bergelar datuk yang membelasah pemandu lori dalam kejadian di depan pondok keselamatan berhampiran apartmen di Bukit Antarabangsa, Sabtu lalu.

Polis Tunggu Masa Cekup 5 Lelaki Belasah Pemandu Lori

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintenden Mohd Zaid Hassan ketika dihubungi berkata, pihaknya dimaklumkan pergaduhan berlaku disebabkan insiden perlanggaran membabitkan dua kenderaan.

"Walaupun kedua-dua pihak bersetuju untuk selesaikan masalah itu sesama mereka tetapi pihak polis akan membuka kertas siasatan berdasarkan laporan dibuat oleh pengawal keselamatan apartmen terbabit.

"Siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya.

Menurutnya, setakat ini pihaknya belum melakukan sebarang tangkapan dilakukan berhubung insiden terbabit.

"Bagaimanapun, polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di lokasi bagi mengenal pasti suspek yang terbabit," katanya.

Terdahulu video berdurasi 2 minit 49 saat yang memaparkan pergaduhan itu tular apabila ia dimuat naik di laman sosial sejak semalam.

Berdasarkan rakaman berkenaan, mangsa dibelasah oleh lima individu terbabit hingga menyebabkan dia terbaring di atas jalan.

sumber
Harian Metro


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.