Rabu, 18 Januari 2017

Rabu, Januari 18, 2017
Raja Bunian Tunjuk Arah Kampung,ok!: Terkenal sebagai salah sebuah daerah pengeluar utama raja buah, ada beberapa kampung di Raub turut memiliki nama ‘durian’ di dalamnya termasuklah sebuah kampung tradisional iaitu Kampung Durian Sebatang.

Raja Bunian Tunjuk Arah Kampung,ok!: Terkenal sebagai salah sebuah daerah pengeluar utama raja buah, ada beberapa kampung di Raub turut memiliki nama ‘durian’ di dalamnya termasuklah sebuah kampung tradisional iaitu Kampung Durian Sebatang.  Mmm  Bagi mereka yang menggunakan jalan Raub-Lipis yang juga laluan utama ke Kota Bharu, Kelantan dari sebelah Pahang Barat pasti terpandang papan tanda kampung ini di sebelah kiri jalan.   Dikatakan mula wujud pada tahun 1870, kampung ini dibuka pada tahun sama malah penulis amat bertuah kerana berkesempatan berjumpa dengan cicit pengasas kampung ini yang juga Imam Masjid Kampung Durian Sebatang.  YM Raja Puji Tengku Abdul Hamid sudi berkongsi cerita lisan yang diperturunkan dari satu generasi ke generasi seterusnya termasuk dikongsi bersama seluruh penduduk asal kampung ini.  Menurutnya, moyang beliau bernama Tengku Abdul Samad Tengku Khairul Alam dilahirkan pada tahun 1839 dan mempunyai tiga orang adik beradik.  “Setelah dewasa, Tengku Abdul Samad dan kaum keluarganya telah merantau dengan menaiki perahu bagi mencari kawasan penempatan baru untuk mereka.  RAJA HITAM (BUNIA) TUNJUK KAMPUNG  “Beliau berperahu ke hulu sungai dan berjumpa raja bunian, Raja Hitam yang menguasai kawasan hulu sungai.   “Raja Hitam mengarahkan Tengku Abdul Samad menghilir Sungai Dong dan membuat penempatan di satu kawasan di mana sebatang pokok durian akan ditemui,” katanya.  Ceritanya lagi, setelah dua hari berperahu beliau akhirnya ternampak sebatang pokok durian yang sangat besar dan kaum keluarga naik ke darat lalu membuat rumah di kawasan itu.  “Moyang saya itu telah menamakan kawasan itu dengan nama Kampung Durian Sebatang dan peristiwa itu berlaku pada tahun 1970. Maka secara rasminya kampung ini ditubuhkan pada tahun tersebut.  Sumber Sinar Harian

Bagi mereka yang menggunakan jalan Raub-Lipis yang juga laluan utama ke Kota Bharu, Kelantan dari sebelah Pahang Barat pasti terpandang papan tanda kampung ini di sebelah kiri jalan.

Dikatakan mula wujud pada tahun 1870, kampung ini dibuka pada tahun sama malah penulis amat bertuah kerana berkesempatan berjumpa dengan cicit pengasas kampung ini yang juga Imam Masjid Kampung Durian Sebatang.

YM Raja Puji Tengku Abdul Hamid sudi berkongsi cerita lisan yang diperturunkan dari satu generasi ke generasi seterusnya termasuk dikongsi bersama seluruh penduduk asal kampung ini.

Menurutnya, moyang beliau bernama Tengku Abdul Samad Tengku Khairul Alam dilahirkan pada tahun 1839 dan mempunyai tiga orang adik beradik.

“Setelah dewasa, Tengku Abdul Samad dan kaum keluarganya telah merantau dengan menaiki perahu bagi mencari kawasan penempatan baru untuk mereka.

RAJA HITAM (BUNIA) TUNJUK KAMPUNG

“Beliau berperahu ke hulu sungai dan berjumpa raja bunian, Raja Hitam yang menguasai kawasan hulu sungai.

“Raja Hitam mengarahkan Tengku Abdul Samad menghilir Sungai Dong dan membuat penempatan di satu kawasan di mana sebatang pokok durian akan ditemui,” katanya.

Ceritanya lagi, setelah dua hari berperahu beliau akhirnya ternampak sebatang pokok durian yang sangat besar dan kaum keluarga naik ke darat lalu membuat rumah di kawasan itu.

“Moyang saya itu telah menamakan kawasan itu dengan nama Kampung Durian Sebatang dan peristiwa itu berlaku pada tahun 1970. Maka secara rasminya kampung ini ditubuhkan pada tahun tersebut.

Sumber
Sinar Harian


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.