Khamis, 26 Januari 2017

Khamis, Januari 26, 2017
Saharul Ridzwan Nafi Kurus Terkena Sihir,ok!: Saharul Ridzwan yang bakal bergelar bapa tidak lama lagi menafikan khabar angin bahawa dirinya itu kurus kerana terkena buatan orang.

Saharul Ridzwan Nafi Kurus Terkena Sihir

"Tak adalah benda-benda macam itu minta dijauhkan, kadang-kadang bila selalu sangat bercakap itu akan jadi satu doa. Jadi bagi saya apa yang terjadi adalah dugaan Allah dan maknanya kita perlu dekatkan diri pada Allah.

"Saya ada diet sikit dari 85kg ke 77kg dan sebab kurang rehat," jelas Saharul ketika ditemui media pada majlis sidang media Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2017 petang kelmarin.

Dalam pada itu, Saharul juga memberitahu bayi yang dikandung oleh isterinya itu sudah memasuki 5 bulan. Bagaimanapun, Saharul memberitahu belum mengetahui status jantina bayinya.

Selain itu, dia turut mengalami alahan apabila mengidam ikan patin setelah melakukan penggambaran di sekitar Pahang.

"Isteri ada juga alahan apabila dia minta lepok durian. Saya pula nak makan ikan patin," katanya yang akan mengerjakan umrah bersama isteri dalam beberapa minggu lagi.

sumber
http://www.myartis.com/2017/01/saharul-ridzwan-nafi-kurus-kerana-sihir.html#ixzz4WpylQkoq


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.