Isnin, 23 Januari 2017

Isnin, Januari 23, 2017
Samsung Sahkan BATERI Punca Note 7 Meletup,ok!: Pihak pengurusan Samsung hari ini mendedahkan masalah bateri rosak menjadi punca utama telefon pintar Galaxy Note 7 terbakar.

Samsung Sahkan BATERI Punca Note 7 Meletup

"Hasil siasatan dalaman oleh penyiasat bebas mendapati bateri adalah punca insiden Note 7 (terbakar)," kata syarikat Korea Selatan itu dalam satu kenyataan.

Konglomerat teknologi itu terpaksa menghentikan pengeluaran telefon bimbit model itu, selepas beberapa siri kebakaran, termasuk membabitkan telefon yang baharu diganti.

Pengeluaran telefon itu bertujuan menyaingi pasaran iPhone, keluaran syarikat Apple. Masalah itu bukan sahaja menjejaskan reputasi Samsung, bahkan menyebabkan mereka terpaksa menanggung kerugian berbilion ringgit.

"Kami bertanggungjawab terhadap kegagalan mengesan isu membabitkan rekaan bateri dan pengeluarannya.

"Beberapa langkah sewajarnya sudah diambil untuk mengelakkannya daripada berulang lagi," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Samsung mengumumkan langkah menarik balik 2.5 juta unit Galaxy Note 7 pada September tahun lalu, selepas beberapa unit telefon itu meletup atau terbakar.- AFP

sunber
http://www.bharian.com.my/node/238438?


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.