Rabu, 18 Januari 2017

Rabu, Januari 18, 2017
Sinar Harian NAFI Sebarkan Berita Palsu Kematian Pelawak Lan Pet-Pet,ok!: Sinar Harian menafikan sekeras-kerasnya mengeluarkan sebarang berita mengenai kematian pelawak terkenal Mazlan Ahmad, 47, atau lebih dikenali sebagai Lan Pet Pet.

Sinar Harian NAFI Sebarkan Berita Palsu Kematian Pelawak Lan Pet-Pet

Berita yang disebarkan di media sosial yang bertajuk 'Al-Fatihah, takziah pelawak Senario Lan Pet-Pet' telah disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang kononnya menggunakan platform Sinar Harian.

Pihak Sinar Harian sedang menyiasat perkara ini dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar berita ini terutama pihak yang menyalahgunakan nama Sinar Harian untuk kepentingan peribadi, sehingga menyebabkan ramai pembaca terkeliru dengan berita seumpama ini.

Untuk makluman, laman sebenar Sinar Harian adalah http://www.sinarharian.com.my/ dan Facebook Sinar Harian pula https://www.facebook.com/SinarHarian/.

Sinar Harian juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

via
Sinar Harian 


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.