Rabu, 18 Januari 2017

Rabu, Januari 18, 2017
Suami Marissa Yasmin Tuntut 2 Kereta,ok!: Suami pelakon Marissa Yasmin Yaacob, Muhammad Muhzir Mohd Zainuddin, tidak boleh menjadikan isu kecurangan bekas isterinya sebagai asas dalam memohon tuntutan harta sepencarian.

Suami Marissa Yasmin Tuntut 2 Kereta

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Fouzi Mokhtar, berkata demikian ketika prosiding perbicaraan pertama kes tuntutan dua buah kereta milik Marissa hari ini.

"Mahkamah tidak mahu isu ini (dikemukakan). Saya bimbang ia (kes) akan menjadi panjang," katanya.

Muhammad Muhzir, 50, memfailkan tuntutan harta sepencarian terhadap kereta Toyota Harrier dan Hyundai Tucson yang dibeli atas nama Marissa ketika mereka belum berkahwin dan sudah berkahwin.

Fouzi menetapkan 15 Mei depan sebagai tarikh bagi prosiding berkenaan.

Januari tahun lalu, Marissa yang popular dengan drama Memori Cinta Suraya disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Marissa diwakili peguam Musa Awang manakala Muhammad Muhzir diwakili Jamal Mohd Lokman.

sumber
Berita Harian


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.