Ahad, 22 Januari 2017

Ahad, Januari 22, 2017
Tahukah anda yang Niagara Falls pernah dihentikan pengairannya pada tahun 1969? ,ok!


Keajaiban Dunia Air Terjun Niagara

Air Terjun Niagara adalah air terjun terbesar di dunia yang berada di garis sempadan antarabangsa antara negara bahagian New York, Amerika Syarikat dengan wilayah Kanada Ontario. Air terjun ini terletak sekitar 27 km sebelah utara barat laut dari Buffalo, New York dan 120 km tenggara Toronto, Ontario.

Air Terjun Niagara adalah nama kumpulan air terjun yang terdiri dari tiga air terjun. Ketiga air terjun tersebut bernama air terjun Horseshoe (kadang-kadang disebut sebagai air terjun Kanada), air terjun Amerika, dan yang lebih kecil ialah air terjun Bridal Veil yang dipisahkan oleh sebuah pulau bernama Luna Island dari air terjun utama.

Tahukah anda yang Niagara Falls pernah dihentikan pengairannya pada tahun 1969?

Walaupun tidak terlalu tinggi, Niagara merupakan air terjun yang sangat lebar dan paling popular di dunia. Lebih daripada 168,000 m3 air per minit dijatuhkan. Ini merupakan air terjun yang paling deras alirannya di Amerika Utara.

Niagara juga terkenal dengan pelangi indahnya yang melintang di tengah derasnya air terjun. Keindahan alam yang terdapat di sekeliling Niagara membuat berjuta-juta orang pelancong mengunjunginya setiap hari.

Tahukah anda yang Niagara Falls pernah dihentikan pengairannya pada tahun 1969?

Pada tahun 1969, pihak berkuasa Kanada, AS Tentera Jurutera mengepam air dan menambak sebanyak 28,000 tan batu-batu di hulu Niagara Falls untuk mewujudkan sebuah empangan sementara bagi menampung air. Ini bertujuan bagi membersih serta menyelenggara air terjun buatan itu. Mereka juga mempunyai perancangan menambah sistem dan peralatan saintifik bercirikan keselamatan. Justeru itu khidmat jurutera diperlukan.

American Falls dikenali dengan longgokan yang berbatu, yang disebabkan oleh slaid batuan semula jadi.

Tahukah anda yang Niagara Falls pernah dihentikan pengairannya pada tahun 1969?

Semasa jurutera memeriksa kawasan yang telah dikeringkan, mereka menemui dua mayat disitu yang mungkin akibat dari kemalangan atau bunuh diri. Kedua mayat itu satu tinggal rangka dan satu lagi hampir reput. Identiti nya tidak dikenali.

Dan itulah kali terakhir air terjun Niagara dikeringkan.

Tahukah anda yang Niagara Falls pernah dihentikan pengairannya pada tahun 1969?


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.