Rabu, 25 Januari 2017

Rabu, Januari 25, 2017
Tergamak Abang Tikam Adik Perempuan Sendiri,ok!: Hanya kerana marah kepada adiknya yang mengadu mengenai dirinya, seorang remaja lelaki tergamak menikam adik perempuannya sendiri dengan pisau pemotong sayur hingga parah di rumah mereka di Kampung Kepala Batas, Chepir,Sik semalam.

Tergamak Abang Tikam Adik Perempuan Sendiri

Suspek sebelum itu dikatakan sering membawa kawan-kawannya ke rumah berkenaan ketika ibu dan bapanya keluar berniaga di pekan ini hingga menyebabkan mangsa memberitahu perkara itu kepada mereka.

Zulkifli Othman, 52, berkata, kejadian pada pukul 5.30 pagi itu menyebabkan anak keduanya, Rabiatul Adawiah Zulkifli, 14, cedera parah pada rusuk kirinya.

“Sebelum kejadian, saya masih di bilik tidur dan berkira-kira untuk bangun dan solat Subuh sebelum mengejutkan anak-anak untuk ke sekolah.

“Tiba-tiba saya terdengar jeritan Adawiah yang berada di dalam biliknya, lalu saya segera ke biliknya untuk melihat apa yang sedang berlaku.

“Saya melihat Adawiah mengerang kesakitan dan ternampak darah keluar dengan banyaknya pada rusuk kiri. Saya serta isteri, Nor Ziana Mansor, 43, segera membawa anak saya ke Hospital Sik,” cerita Zulkifli ketika ditemui di rumahnya semalam.

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0125&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.