Selasa, 7 Mac 2017

Selasa, Mac 07, 2017
11 Rakyat Malaysia Selamat, Masih Bekerja Seperti Biasa,ok! 11 rakyat Malaysia kini berada di Korea Utara ketika Pyongyang mengeluarkan arahan melarang rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara itu.

11 Rakyat Malaysia Selamat, Masih Bekerja Seperti Biasa

Kakitangan Kedutaan Malaysia di Pyongyang yang enggan dikenali berkata, tiga daripadanya adalah pegawai kedutaan manakala selebihnya ahli keluarga mereka.

"Maaf saya tidak dapat mengeluarkan sebarang kenyataan tetapi kami selamat dan bekerja seperti biasa di kedutaan.

"Kami memang terima banyak panggilan daripada wartawan hari ini.

"Sebelas semuanya (rakyat Malaysia). Tiga pegawai dan selebihnya ahli keluarga," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Korea Utara hari ini melarang semua rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara itu.

sumber: http://www.hmetro.com.my/node/211526


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.