Jumaat, 28 April 2017

Jumaat, April 28, 2017
Dukun Kebal Maut Tertikam Diri Sendiri,ok!: Seorang dukun mati selepas dia secara tidak sengaja menikam jantungnya sendiri dalam satu persembahan untuk membuktikan kekebalannya.

Dukun Kebal Maut Tertikam Diri Sendiri

Theprit Palee meninggal dunia selepas membuat aksi itu ketika persembahan tarian tradisional di hadapan sekumpulan penonton di sini kelmarin.

Antara aksi dalam tarian itu, Theprit yang mendakwa kebal akan menikam dadanya dengan sebilah pedang hingga mata senjata itu patah.

Satu rakaman video yang dirakam seorang penonton menunjukkan Theprit menikam dadanya tetapi pedang itu tidak patah sebaliknya menusuk badannya.

Theprit dilihat segera mencabut pedang berkenaan dan beredar untuk mendapatkan bantuan tetapi dia rebah dan meninggal dunia ketika tiba di hospital.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/225022


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.