Isnin, 15 Mei 2017

Isnin, Mei 15, 2017
Budak Melayu Bermata BIRU Ini Tarik Perhatian,ok!: Ia sesuatu yang luar biasa untuk rakyat Malaysia memiliki sepasang warna mata seperti kanak-kanak lelaki ini. Kamarul Hisham Mustafa mencuri tumpuan kerana memiliki sepasang mata yang sangat cantik iaitu berwarna BIRU!!.

Budak Melayu Bermata BIRU Ini Tarik Perhatian

Hanya Kamarul, kakak sulungnya dan ibunya sahaja yang memiliki warna mata seperti itu.

"Dalam keluarga, saya dan kakak mempunyai sepasang mata berwarna biru manakala hanya sebelah mata ibu kami sahaja yang berwarna biru.

"Ayah dan abang pula tidak mempunyai mata seperti kami. Pada mulanya, rasa janggal juga kerana warna mata tidak sama seperti rakan lain tetapi akhirnya saya dapat biasakan diri.

"Bagi kami, ini adalah anugerah daripada Allah," kata anak bongsu daripada tiga beradik itu.

Ibunya Rosdah Abdullah, 47, mempunyai darah kacukan Melayu Brunei dan Pakistan manakala ayahnya, Kamarul Hisham, 48, dari Negeri Sembilan. ~Sumber: Wanista & Berita Harian



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.