Rabu, 3 Mei 2017

Rabu, Mei 03, 2017
Pembantu Warden Dibebas Dengan Jaminan Bon Mahkamah RM20 Ribu,ok!: Pembantu warden yang ditahan bagi membantu siasatan kematian bekas murid Madrasah Tahfiz Al Jauhar, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, berhenti seketika di pekarangan mahkamah dan sujud syukur selepas dibebaskan dengan jaminan bon mahkamah sebanyak RM20,000, hari ini.

Pembantu Warden Dibebas Dengan Jaminan Bon Mahkamah RM20 Ribu

Perintah itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, Salawati Djambari selepas membenarkan permohonan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kota Tinggi, Asisten Superintendan Mohd Fairos Ithnin mengikut Seksyen 118 Kanun Acara Jenayah.

Bagaimanapun, siasatan lanjut terhadap suspek masih dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) dan pihak polis masih menunggu laporan kimia dan bedah siasat.

Terdahulu, suspek lelaki berusia 29 tahun yang berpakaian lokap berwarna jingga itu dibawa ke mahkamah Kota Tinggi, pada 12.15 tengah hari sebelum dibawa masuk ke Bilik Pendaftar pada 12.45 tengah hari.

Suspek yang dijamin oleh abang kandungnya kemudian dibawa keluar dari Bilik Pendaftar kira-kira 1 petang tanpa bergari dan dilihat sempat berdoa dan sujud syukur.

Suspek pada mulanya ditahan reman empat hari pada 23 April lalu sebelum disambung tiga hari sehingga 29 April bagi siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2010.

Bagaimanapun, selepas siasatan berhubung kes itu diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh susulan kematian mangsa pada 26 April lalu, tempoh reman terhadap suspek dilanjutkan tujuh hari bermula 27 April hingga hari ini bagi siasatan mengikut Seksyen 302 KK.

Suspek ditahan di rumahnya di Felda Lok Heng Barat di sini, jam 4 petang, 22 April lalu selepas ibu Mohamad Thaqif Amin membuat laporan polis yang mendakwa anak ketiga daripada lima beradik itu dikatakan dipukul dengan paip getah pada tapak kakinya sehingga menyebabkan kecederaan.

Kedua-dua belah kaki allahyarham adik Thaqif dipotong pada 21 April, dipercayai akibat jangkitan kuman, manakala tangan kanannya yang turut dipercayai dijangkiti kuman sepatutnya dipotong bagi menyelamatkan nyawanya pada pagi 26 April, bagaimanapun pembedahan itu ditangguhkan kerana keadaan jantungnya tidak stabil sebelum kanak-kanak berusia 11 tahun itu meninggal dunia jam 2.05 petang di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/226373


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.