Isnin, 5 Jun 2017

Isnin, Jun 05, 2017
Tersilap Serah Mayat, Tindakan Tegas Akan Diambil Kepada Kakitangan Terlibat,ok!: TINDAKAN tegas akan diambil terhadap kakitangan yang tidak mematuhi garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) hingga menyebabkan berlakunya kesilapan penyerahan mayat seorang lelaki mualaf, Lim Ah San atau nama Islamnya Hassan Abdullah, 74.

Tersilap Serah Mayat, Tindakan Tegas Akan Diambil Kepada Kakitangan Terlibat

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kejadian itu tidak sepatutnya berlaku di sebarang hospital kerana ada garis panduan dan SOP ditetapkan untuk hospital dan Unit Forensik, termasuk prosedur penyerahan mayat kepada waris.

"Kementerian Kesihatan sangat kesal dan memandang serius insiden ini. Ia tidak wajar berlaku di mana-mana hospital.

"Pihak hospital dan Unit Forensik sudah mempunyai garis panduan dan SOP Perubatan Forensik yang menggariskan tatacara penyerahan mayat kepada waris," katanya dalam kenyataan di Putrajaya, hari ini.

Terdahulu, akhbar melaporkan berlaku kekeliruan berikutan dua nama mayat yang hampir sama menyebabkan berlaku kesilapan ketika urusan menuntut mayat lelaki mualaf itu kelmarin.

Akibat kekeliruan itu, mayat Hassan yang juga penghuni Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia, dibakar di sebuah pusat pengurusan mayat di Cheras.

"Pengurusan abu mayat diserahkan kepada pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Rumah Kebajikan yang terbabit (semalam).

"Kementerian Kesihatan juga mengeluarkan arahan penambahbaikan serta merta kepada pihak hospital (Kajang) bagi mengelakkan insiden sama daripada berulang," katanya.

Sumber
Harian Metro/Berita Harian


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.